TUPAH
 

Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang menpunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian fl ora dan fauna.

Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan.

Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat disini adalah seperti Meranti Tembaga, meranti Sarang Punai dan Keruing. Terdapat juga tumbuhan lain seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. bagi mereka yang tabah bolehlah mendaki hingga ke Puncak Gunung Jerai.

Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah berkhemah, jogging, trekking, bersiar-siar dan mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Tupah Recreational Forest is situated at Gunung Jerai Recreational Forest and is classified as Low Groung Dipterocarp Forest. It is about 100 – 200 m above sea level.

Sungai Tupah fl ows from atop of Gunung Jerai, and continues fl owing for about 2 km long. This provides an enjoyable swim in the cool water and a perfect picnic site. There is also a 10 km jungle trail that will lead you to Lembah Bujang Archeology Museum.  

This Recreational Forest is situated near by Virgin Jungle Reserve with its timber forests. For those who enjoy the challenge of mountain climbing and a skill test to conquer the peak of Gunung Jerai. This would be one of the greatest activities available in this area.

Suitable activities: Camping, swimming, mountain climbing, trekking, wild life discovery and picnics.

Lokasi/Location:
Bedong, Kedah

Terletak 14 km dari Pekan Bedong dan 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.

14 km from Pekan Bedong. and 54 km from Bandar Alor Setar. Accessible by road.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.

Transportation: Private car/ taxi/ from Pekan Bedong.

 
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer versi 7 dan keatas serta resolusi monitor 1024 x 768
Untuk maklumat berkaitan Portal ini, sila hubungi :
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Star, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7333844
Faks : 04-7310610