Ringkasan Eksekutif |
| RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN NEGERI KEDAH DARUL TAHUN 2006 - 2015 |
PENDAHULUAN
Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) ini disediakan untuk merancangprogram, projek dan aktiviti pengurusan hutan bagi tempoh 10 tahun (2006 – 2015) dengan mengambilkira aspek pemeliharaan alam sekitar, kepelbagaian biologi serta kepentingan sosio-ekonomi negeri dalam sektor perhutanan. |
|
Matlamat Dan Strategi
Matlamat RPH ini adalah berasaskan kepada Dasar Perhutanan Negeri Kedah yang diterapkan daripada Dasar Perhutanan Negara yang antara lain untuk memastikan keberkekalan Hutan Simpanan Kekal (HSK), perlaksanaan pembangunan dan pemulihan hutan, pertumbuhan industri, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengurusan hutan serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan sumber hutan.
Antara strategi yang digunakan dalam mencapai matlamat RPH ini termasuk, |
|
|
Memperkukuhkan jaminan pemegangan HSK, |
|
|
Melaksanakan Sistem Pengurusan Memilih (SMS), |
|
|
Memodenkan dan meningkatkan keupayaan industri berasaskan kayu, |
|
|
Mempergiatkan perhutanan semula termasuk penubuhan ladang hutan, |
|
|
Meningkatkan penggunaan teknologi dalam aktiviti perhutanan, |
|
|
Memajukan aktiviti hutan masyarakat bagi meningkatkan faedah-faedah sosio-ekonomi, dan |
|
|
Mwujudkan sistem maklumat perhutanan menerusi pengkalan data yang komprehensif dan kemaskini. |
SUMBER HUTAN
Jumlah keluasan Negeri Kedah ialah 942 600 hektar di mana HSK dan CHSK adalah masing-masing merangkumi keluasan 300 845 hektar dan 35 567 hektar yang meliputi 37 peratus daripada keluasan tanah. Seluas 6 201 hektar daripada 300 845 hektar ini merupakan Hutan Paya Laut.
HSK memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar dan perlindungan kepada kepelbagaian hayat. Di samping itu, ianya juga berperanan sebagai punca utama sumber air untuk pertanian, industri dan kegunaan domestik.
Dari segi sosio-ekonomi, HSK menyumbang kepada bekalan bahan mentah untuk industri berasas kayu, mewujudkan peluang pekerjaan, hasil kepada kerajaan negeri dan juga bagi memenuhi keperluan masyarakat umum seperti kawasan istirehat, pelancongan dan sebagainya. |
SEJARAH PENGURUSAN
Dalam tempoh 50 tahun keluasan HSK tidak menunjukkan perubahan yang ketara di mana pada tahun 1955 keluasan HSK adalah 347 992 hektar berbanding dengan 342 613 hktar ada tahun 2005. Keadaan ini membolehkan pelaksanaan pengurusan hutan dilaksanakan dengan baik tanpa menjejaskan perancangan yang dibuat. Adalah dijangkakan status HSK terus berada pada tahap sedia ada dalam memastikan pelaksanaan RPH ini.
Pengurusan hutan di Negeri Kedah telah berkembang selaras dengan sistem pengurusan hutan yang diterimapakai di mana perubahan daripada Sistem Sebaya Malaya (MUS) kepada SMS telah berlaku pada sekitar awal tahun 1990an. Perubahan sistem pengurusan hutan ini adalah bersesuaian dengan keperluan teknikal dan perubahan kawasan pengusahasilan dari hutan dipterokarpa pamah ke hutan dipterokarpa bukit. |
RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN
Rancangan pengurusan hutan ini meliputi tempoh 10 tahun (2006 – 2015) bagi kawasan hutan darat asli ini di dalam HSK. Rancangan pengurusan hutan yang khusus akan disediakan secara berasingan bagi kawasan hutan paya laut di dalam HSK. |
|
Pengkelasan Hutan Mengikut Fungsi
Pengkelasan HSK dilakukan mengikut peruntukan Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984 supaya kawasan hutan dapat dizonkan bagi tujuan pengurusan. Pada amnya, pengkelasan ini terbahagi kepada hutan perlindungan dan hutan pengeluaran yang masing-masing berkeluasan 123 214.50 hektar dan 184 831.50 hektar. |
|
Perlindungan
Kawasan hutan perlindungan dalam HSK terdiri daripada Hutan perlindungan Tanah seluas 23 291 hektar, Hutan Tadahan Air seluas 121 904 hektar, Hutan Simpanan Hutan Dara seluas 3 675.60 hektar, Hutan Lipur seluas 2 274 hektar, Hutan Pelajaran seluas 2 998.90 hektar dan Hutan Penyelidikan seluas 3 638 hektar. |
|
Pengeluaran Dan Industri
Kup bagi tempoh RPH ini sebanyak 23 400 hektar dan selepas mengambilkira kawasan-kawasan yang berpotensi, jumlah keluasan yang boleh diusahasilkan adalah 18 154 hektar dalam tempoh RPH ini.
Dari keluasan yang akan diusahasilkan, adalah dijangka sebanyak 961 875 meter padu kayu balak mampu dikeluarkan. Permintaan yang dijangka berdasarkan kepada kapasiti kilang pemprosesan utama ialah 3 346 500 mter padu bagi tempoh yang sama. Kekurangan ini boleh diatasi melalui kemasukan kayu balak dari negeri/negara jiran atau melalui pengurangan kapasiti pemprosesan utama. |
|
Keperluan Masyarakat
Bagi memenuhi keperluan masyarakat, aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan penubuhan, pengurusan dan penyelenggaraan hutan lipur, eko-pelancongangan, rekreasi alam semulajadi, hutan bandar dan hutan masyarakat. Walau bagaimanapun, dalam tempoh RPH ini, tumpuan diberikan kepada penubuhan dan pembangunan hutan lipur dan aktiviti yang berkaitan dengan eko-pelancongan.
Untuk mencapai matlamat ini, beberapa kawasan baru yang berpotensi akan dibangunkan sebagai hutan lipur yang akan menjadikan jumlah keseluruhan hutan lipur kepada 25 kawasan. |
|
Pubsliti dan Pengembangan Perhutanan
Pubsliti dan Pengembangan perhutanan memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat perhutanan kepada masyarakat setempat. Dalam tempoh RPH ini, Jabatan merancang untuk menerbit dan mengedarkan maklumat-maklumat perhutanan, mengadakan pameran dan menyampaikan ceramah kepada pelajar dan orang awam. |
|
Penyelidikan dan Pembangunan
Kajian yang dijalankan lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang mampu memberi keputusan yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap keberkesanan dalam mencapai matlamat pengurusan hutan secara berkekalan. Ianya dilaksanakan secara ‘ad- hoc’ oleh kakitangan Jabatan dengan kerjasamasa dan bantuan daripada institusi penyelidikan dan pusat pengajian tinggi. |
|
Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur akan ditambah untuk mempertingkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan hutan di Negeri Kedah. Bagi tujuan ini, penyelenggaraan akan dilaksanakan ke atas jalan-jalan hutan dan bangunan, di samping membina bangunan baru serta perolehan kenderaan dan peralatan kerja. Jabatan juga merancang untuk membangunkan sistem maklumat perhutanan yang melibatkan aplikasi Sistem Pengurusan (MIS) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). |
|
Pentadbiran Dan Kewangan
Pentadbiran Jabatan Perhutaan Negeri Kedah kekal sebagaimana dalam RPH sebelum ini. Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan hutan, Jabatan merancang untuk menyusun semula struktur organisasi di peringkat negeri dan daerah hutan yang melibatkan penambahan kakitangan. Latihan-latihan berjadual akan terus dilaksanakan kepada kakitangan dan pekerja sektor perhutanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Sumber hutan akan terus menyumbang kepada hasil negeri melalui kutipan premium, royalti dan caj-caj lain di mana sejumlah RM 2350 juta dianggarkan akan diperoleh dalam temph RPH ini.
Sumber kewangan bagi pentadbiran dan pelaksanaa program pengurusan hutan diperoleh menerusi peruntukan mengurus, pembangunan,ses dan sumber-sumber lain daripada Kerajaan Persekutuan. Sejumlah RM 50 juta diperlukan unruk perbelanjaan pembangunan hutan dalam tempoh RPH ini. |
|
Pelaksanaan Rancangan Pengurusan Hutan
Pelaksanaan semua aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan tahunan dalam tempoh RPH ini adalah dibuat mengikut daerah, hutan simpan dan kompartmen. Secara ringkasnya, aktiviti-aktiviti utama yang dirancang untuk dilaksankaan dalam tempoh RPH ini serta kos yang terlibat adalah seperti berikut :-
Bil |
Aktiviti |
Matlamat Fizikal |
Kos
(RM ‘000) |
1 |
Penyelenggaran sempadan luar HSK |
2 722 k m |
6 108 |
2 |
Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) |
22 000 ha |
1 850 |
3 |
Penandaan Pokok |
20 911 ha |
1 750 |
4 |
Pengusahasilan |
21 334 ha |
0 |
5 |
Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) |
25 425 ha |
1 880 |
6 |
Rawatan Silvikultur |
21 749 ha |
1 620 |
7 |
Penubuhan Ladang Hutan |
1 650 ha |
6 600 |
8 |
Rawatan Ladang Hutan |
- |
13 160 |
9 |
Penanaman Rotan |
300 ha |
276 |
10 |
Rawatan Tanaman Rotan |
- |
1 600 |
11 |
Pengurusan Buluh Semulajadi |
|
525 |
12 |
Hutan Simpan Hutan Dara (VJR) |
3 940 ha |
500 |
13 |
Penubuhan Arboretum dan Taman Herba |
- |
300 |
14 |
Tanaman Tepi Pantai |
100 000 anak pokok |
300 |
15 |
Penubuhan/Penyelenggaraan Hutan Lipur |
25 kawasan |
32 800 |
16 |
Hutan Bandar |
300 000 anak benih |
900 |
17 |
Hutan Perkampungan |
|
360 |
18 |
Infrastruktur |
|
35 465 |
|
JUMLAH |
|
105 994 |
Penjadualan disediakan bagi setiuap aktiviti berkenaan untuk memudahkan pemantauan dan penilaian yang akan dilakukan secara berkala. |
|
Pengawalan
Pengawalan secara sistematik, berkala dan berkesan akan dilaksanakan sepanjang tempoh RPH ini ke atas semua aktiviti yang dirancang. Pemantauan dan penilaian dilakukan dengan menggunakan pendekatan berasaskan kepada piawaian MC & I 2002 dan MS ISO 9001 JPSM. |
|
Penutup
Kajian semula RPH ini akan dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai pretasi dan kemajuan kerja dari segi kewangan dan fizikal serta mengenalpasti masalah yang timbul semasa pelaksanaan di lapangan.
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Star.
|