Untuk menguruskan dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.
Visi
Untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan.
Objektif
Sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan hutan berkekalan yang menjurus ke arah wawasan dan misi diperingkat negara, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menetapkan objektif seperti berikut:
Untuk menguruskan sumber hutan secara berkekalan bagi pengeluaran hasil yang berkekalan dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum dan bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
? Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air, tanah dan penggunaannya secara berkekalan.
Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemerosesan berasaskan keluaran hutan serta menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan Negeri, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan