Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Link ke Webmail  
Laman Utama > Perutusan Pengarah
Perutusan Pengarah

Assalamulaikum w.b.t
Selamat Datang ke Laman Web (Homepage) Jabatan Perhutanan. Negeri Kedah (JPNK). Jabatan ini berharap laman ini akan dapat membantu para pengguna mendapat maklumat terkini berkaitan dengan sektor perhutanan di Negeri Kedah. 
Sejajar dengan Wawasannya "untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan" Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk mengurus, mentadbir dan membangunkan sumber hutan di negeri ini.
Justeru itu, amatlah penting dan kritikal bagi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai objektif tersebut dan memenuhi aspirasi negeri di mana perhutanan akan terus menjadi penyumbang utama kepada perindustrian dan pembangunan sosio-ekonomi negeri.  Di samping itu usaha berterusan akan dilakukan bagi mengekalkan keseimbangan ekologi dan memelihara kestabilan alam sekitar.
Tahun 2006 - 2010 adalah tempoh yang telah ditetapkan bagi Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 (RM9).  Bagi sektor perhutanan, pencapaian yang diharapkan pada akhir pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 adalah juga selari

dengan komitmen negara bagi melaksanakan dan mencapai pengurusan hutan secara berkekalan mengikut objektif  Pertubuhan Kayu-Kayan Tropika Antarabangsa (ITTO) Tahun 2000.
Beberapa tindakan telahpun diambil oleh jabatan ini bagi menuju ke arah pencapaian matlamat ini yang mana antaranya ialah penggubalan kriteria-kriteria, petunjuk-petunjuk dan aktiviti-aktiviti dan spesifikasi-spesifikasi pengurusan hutan bagi menilai tahap keberkesanan pelaksanaan pengurusan hutan secara berkekalan di negeri ini. 
JPNK juga terus melangkah seiring dengan jabatan-jabatan lain dalam era teknologi multimedia dan globalisasi isu-isu perhutanan.  Berbagai dayausaha telah dilaksanakan merangkumi aktiviti-aktiviti pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan dan lain-lain, merupakan saksi utama kepada perubahan ke arah globalisasi.  Berikutan dengan ini, maklumat yang tepat dan cepat serta proses perolehan dan penyebaran maklumat secara pantas terutama melalui INTERNET, amatlah perlu dan tidak dapat dielakkan. Dalam konteks ini pihak jabatan mengharapkan agar laman web ini dapat memenuhi matlamat tersebut. Selain sebagai media untuk penyebaran maklumat adalah diharapkan laman web ini turut berperanan sebagai sumber rujukan dan medan ajuan sebarang permasalahan yang timbul.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan di atas dedikasi dan usaha gigih yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan terbaik selaras dengan usaha Kerajaan Negeri dalam mencapai status Kedah Gemilang.
Sekian, terima kasih.
  

(KASIM BIN OSMAN, PMP, AAP.)

 

© Hak Cipta Terpelihara. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 2007