

Program Pemuliharaan Kawasan Hutan Terosot Di Hutan Simpan Bukit Perak, Pendang telah diadakan pada 12 Februari 2012 (Ahad). Tujuan utama program ini adalah untuk menyalurkan maklumat dan memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kepentingan menjaga Hutan Simpan. Pihak-pihak yang terlibat di dalam program tersebut terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tualang Hjh. Suraya Bt Yaacob, Ahli Parlimen Pendang (Dr. Mohd Hayati bin Othman), kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Penduduk Kampung.






















