HCVF
Hutan Simpan Pedu

Pada permulaannya, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengenalpasti Hutan Simpan Pedu sebagai HCVF Negeri Kedah. Penubuhan kawasan ini adalah berdasarkan kepada keunikan populasi spesies pokok Tualang yang dominan di kawasan Hutan Simpan Kekal Pedu dengan habitat lebah. Spesies-spesies yang terpilih dan terbaik akan terus dipelihara dan dibaikbiakkan dari satu generasi ke generasi seterusnya adalah merupakan titik mula ke arah penghasilan bahan baka dan benih yang bertujuan untuk menghutan-semula, pemeliharaan, pendidikan, pembangunan bioteknologi dan penyelidikan (R&D).

Populasi spesies Tualang (Koompassia excelca) boleh dipelihara dengan berkesan samada secara in-situ iaitu kaedah semulajadi ataupun boleh ditingkatkan dengan kaedah tanaman mengaya. Pada masa yang sama penanaman sumber genetik ex-situ boleh juga ditubuhkan yang mana boleh bertindak sebagai pelengkap kepada usaha pemeliharaan secara in-situ.



