Pilihan Bahasa
Sumber Hutan
Secara keseluruhannya keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Cadangan Hutan Simpanan Kekal (CHSK) di Negeri Kedah adalah 342,613 hektar yang merangkumi 36 buah Hutan Simpanan Kekal (terdapat dua buah Hutan Simpan terletak dalam dua pentadbiran Pejabat Hutan Daerah yang berlainan). Seluas 307,046 hektar adalah terdiri daripada Hutan Darat dan 6,201 hektar adalah Hutan Paya Laut. Di samping itu, terdapat sebanyak 9 buah kawasan CHSK (dalam peringkat pengwartaan oleh Kerajaan Negeri) dengan keluasan berjumlah lebih kurang 35,567 hektar. Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan keluasan kawasan berhutan bagi Negeri Kedah adalah melebihi 36 peratus daripada jumlah keluasan Negeri.



