Dasar Keselamatan dam Kesihatan Pekerja Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Kearah memenuhi kehendak dasar ini, Jabatan Perhutanna Negeri Kedah berusaha menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat serta mengadakan latihan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya semua kakitangan boleh menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
Di samping itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akan mengambil tindakan untuk menjalinkan kerjasama yang erat di antara pihak pengurusan dengan pekerja dalam menggubal, melaksana, memantau, menilai semula dan membaiki persekitaran kerja akan dikaji dari masa ke semasa bagi memastikan pembaikan berterusan.
Dengan ini, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah berazam untuk mengamalkan budaya kerja yang selamat dan sihat.
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KEDAH
1 Januari 2005
(selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994)



