Pilihan Bahasa
PIAGAM PELANGGAN
- Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasaskan kayu akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.
- Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat-syarat kelulusan.
- Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Menghargai maklumat serta maklumbalas yang diterima dari orang awam, semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.
- Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap masa.



