- Gunakan tong-tong sampah yang telah disediakan. Pembuangan sampah-sarap secara mengganggu(merata-rata) merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 83 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993)tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 83 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).
- Mengambil hasil-hasil hutan dari kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu) dan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun [Seksyen 15 (2), Akta Perhutanan Negera 1984 (Pindaan 1993).
- Menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh/menoreh mana-mana pokok; atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia; Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 81(2)(b), Akta Perhutanan Negara 1994 (Pindaan 1993).
- Menyalakan, menyimpan, membawa atau membiarkan api menyala dalam kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 82 (2), Akta Perhutanan Nagara 1984 (Pindaan 1993).
|