Program Penanaman Pokok Bakau Tahun 2019

ISNIN (22 April 2019)
Program Penanaman Pokok Bakau Tahun 2019 telah diadakan sempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama PPD Kuala Muda dan PPD Kubang Pasu.
ISNIN (22 April 2019)
Program Penanaman Pokok Bakau Tahun 2019 telah diadakan sempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama PPD Kuala Muda dan PPD Kubang Pasu.
BALING, 22 Julai 2019 - Satu lawatan kerja oleh YAB Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir ke Hutan Simpan Ulu Muda telah dijalankan pada 22 Julai 2019 yang lalu. Seramai lebih 25 orang dari Pejabat Menteri Besar dan Badan Bukan kerajaan seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) turut hadir dalam lawatan kerja tersebut.
Lebih kurang pukul 10.00 pagi, semua tetamu tiba di Kompartmen 38 Hutan Simpan Ulu Muda iaitu kawasan selepas pengusahasilan yang dijalankan pada tahun 2011 untuk sesi taklimat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Tuan Haji Roslan bin Rani juga sempat memberi sedikit taklimat dan menjawab soalan-soalan berkaitan Hutan Simpanan Kekal. YAB Menteri Besar juga turut serta membuat tinjauan kanopi Hutan Simpanan Kekal melalui dron yang dikelolai oleh Seksyen Penguatkuasaan JPNK dan Pejabat Hutan Daerah.
Seterusnya tetamu didedahkan dengan aktiviti pengumpulan biji benih yang dilakukan oleh pasukan memanjat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sambil disajikan dengan buah-buahan hutan seperti Binjal, Tampoi, Jentik dan Sentul.
YAB Menteri Besar sempat meluangkan masa untuk turut serta dalam sesi bergambar bersama semua tetamu dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lawatan beliau di Hutan Simpan Ulu Muda.
Bengkel Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Mengurus (B23), Pembangunan (P23) Dan Anggaran Kutipan Hasil Tahun 2020 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman
Dari 23 hingga 25 April 2019 Selasa hingga Khamis bertempat di Nadia's Hotel, Pantai Chenang, Pulau Langkawi.
Untuk muat turun senarai nama calon-calon sila klik disini.