Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN KE HUTAN SIMPAN ULU MUDA

BALING, 22 Julai 2019 - Satu lawatan kerja oleh YAB Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir ke Hutan Simpan Ulu Muda telah dijalankan pada 22 Julai 2019 yang lalu. Seramai lebih 25 orang dari Pejabat Menteri Besar dan Badan Bukan kerajaan seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) turut hadir dalam lawatan kerja tersebut.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, semua tetamu tiba di Kompartmen 38 Hutan Simpan Ulu Muda iaitu kawasan selepas pengusahasilan yang dijalankan pada tahun 2011 untuk sesi taklimat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Tuan Haji Roslan bin Rani juga sempat memberi sedikit taklimat dan menjawab soalan-soalan berkaitan Hutan Simpanan Kekal. YAB Menteri Besar juga turut serta membuat tinjauan kanopi Hutan Simpanan Kekal melalui dron yang dikelolai oleh Seksyen Penguatkuasaan JPNK dan Pejabat Hutan Daerah.

Seterusnya tetamu didedahkan dengan aktiviti pengumpulan biji benih yang dilakukan oleh pasukan memanjat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sambil disajikan dengan buah-buahan hutan seperti Binjal, Tampoi, Jentik dan Sentul.

YAB Menteri Besar sempat meluangkan masa untuk turut serta dalam sesi bergambar bersama semua tetamu dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lawatan beliau di Hutan Simpan Ulu Muda.

 

 WhatsApp Image 2019 07 23 at 11.50.56 AM WhatsApp Image 2019 07 23 at 11.50.55 AM WhatsApp Image 2019 07 23 at 12.04.03 PM

WhatsApp Image 2019 07 23 at 12.04.04 PM WhatsApp Image 2019 07 23 at 12.04.04 PM 1 WhatsApp Image 2019 07 23 at 12.04.04 PM 2

WhatsApp Image 2019 07 23 at 12.04.05 PM WhatsApp Image 2019 07 23 at 12.04.05 PM 1  5979cc46 ee09 423a 88d9 7b3cebdbf703