Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

Seminar Perhutanan Malaysia Ke-18

KUCHING, SARAWAK - 31 JULAI 2018 Satu Seminar Perhutanan Malaysia Ke-18 telah dijalankan pada 31 Julai hingga 03 Ogos 2018. Seminar selama 3 hari tersebut dijalankan dengan jayanya di Kuching, Sarawak yang melibatkan lebih 600 peserta yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institusi Awam dan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia.

Temubual Program Keringat Bakti Perlesenan Pengusahasilan Lesen Getah Negeri Kedah

Alor Setar, 14 Mac 2017 – Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah diberi peluang ke udara di Radio Kedah FM melalui program Keringat Bakti untuk memaklumkan berkenaan Perlesenan Pengusahasilan Kayu Getah di Negeri Kedah. Wakil Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang hadir dalam sesi temuramah tersebut adalah En. Azhar bin Murad, Penolong Pemelihara Hutan dari Unit Penguatkuasaan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Permohonan Untuk Menjalankan Kajian/Penyelidikan Dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Di Semenanjung Malaysia

Pemohon daripada mana-mana organisasi/institusi/agensi yang berhasrat menjalankan kajian/penyelidikan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Menjalankan Kajian/Penyelidikan Dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Februari 2013.

Pemakluman Pelaksanaan Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Di Pejabat Menteri Besar Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bagi Tahun 2017

Pemakluman Pelaksanaan Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Di Pejabat Menteri Besar Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bagi Tahun 2017

Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 akan diadakan pada 21 Mac 2013 (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, Pahang dengan tema “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” dan akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Klik di sini untuk peta lokasi.