Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF PEJABAT HUTAN DAERAH LANGKAWI, KUAH, LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Seksyen Kewangan), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred,kategori,pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa inibagi kerja berikut:

 

Pejabat yang memanggil Tajuk Projek  Taraf/Jenis Syarikat*  Gred,Kategori & Pengkhususan/Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala  Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual  Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama  Tempat, Tarikh & Waktu Tutup Tender 
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Projek Kerja-kerja Menaiktaraf Pejabat Hutan Daerah Langkawi, Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman

Tempat dan Tarikh Melapor Diri Bagi Taklimat dan Lawatan Tapak:
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Hutan Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman
Tarikh : 19 Ogos 2019
Masa : 11.00 pagi

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN

Bumiputera
T1
CIDB
Gred: G3
Kategori: B dan CE
Pengkhususan: B04 dan CE21

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,05000 Alor Setar, Kedah

20 Ogos 2019
hingga
09 September 2019

RM350.00

Pengarah Perhutanan Negeri Kedah

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah,05000 Alor Setar, Kedah

10 September 2019
Jam: 12.00 tengahari

 

Bagi lawatan tapak atau sei taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat dalam sijil PKK, SPKK, PUKONSA, atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.

Dokumen meja tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

*Jenis Syarikat :

T1 - Syarikat 100% milik tempatan

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.

Untuk muat turun kenyataan tender sila klik disini.