Kursus dan latihan mengenai perhutanan telah dijalankan bukan sahaja kepada kakitangan Jabatan tetapi juga kepada pihak-pihak swasta yang terlibat dalam sektor perhutanan di negeri ini. Di samping itu terdapat juga pendedahan dalam aspek perhutanan yang ditumpukan kepada pelajar-pelajar sekolah di negeri ini menerusi projek Kem Cuti Sekolah yang diadakan khusus untuk mereka.