Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

Pembangunan Hutan

Sempadan Hutan Simpan 

Penyelenggaraan sempadan luar Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan oleh pihak jabatan mengikut daerah pentadbiran hutan. Bagi tahun 2018, sepanjang 255.8 km telah dibuat penyelenggaraan melibatkan Hutan Simpan Padang Terap, Hutan Simpan Ulu Muda, Hutan Simpan Gunung Inas, Hutan Simpan Gunung Bongsu, Hutan Simpan Merbok, Hutan Simpan Pedu, Hutan Simpan Tadahan Air Parit Buntar, Hutan Simpan Tadahan Air Kulim, Hutan Simpan Tg dagu, Hutan Simpan Kuah dan Hutan Simpan Sungai Badak.

Inventori Hutan Sebelum Tebangan 

Bagi perlaksanaan Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), sejumlah dua (2) buah kawasan Hutan Simpan Kekal iaitu Hutan Simpan Sungai Badak dan Hutan Simpan Gunung Inas  telah dilaksanakan Inventori Hutan Sebelum Tebangan ( Pre-F ) dalam tahun 2018 yang meliputi seluas 255.8 hektar.   

Penandaan Pokok 

Dalam tahun 2018  seluas 888 hektar melibatkan enam (6) buah Hutan Simpan Kekal telah dijalankan Penandaan Pokok untuk tujuan pengusahasilan. 

Kawasan Penghasilan 

  1. Hutan Darat

Dalam tahun 2018 Kawasan pembalakan di dalam Hutan Simpanan Kekal yang masih berkuatkuasa adalah sebanyak enam (6) kawasan yang meliputi keluasan 888 ha.

  1. Hutan Paya laut

Rancangan Kerja Hutan bagi Hutan Paya Laut sedang disediakan dengan kerjasama Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia selaku Juruperunding. Pengusahasilan Hutan Paya Laut adalah bertujuan untuk membekalkan bahan mentah untuk industri pembuatan arang kayu bakau dan bahan cerucuk binaan. Kaedah pengusahasilan yang dijalankan adalah berkonsepkan penebangan secara jalur (strip) yang bertujuan untuk;

Mengekalkan kepelbagaian-bio dalam Hutan Paya Laut,

Meningkatkan keupayaan pemulihan ke atas dirian selepas pengusahasilan, dan

Mengurangkan kesan negatif ke atas hidupan di dalam ekosistem Hutan Paya Laut.

Sehingga tahun 2018 juga tiada pengusahasilan dijalankan di Hutan Paya Laut. 

Inventori Hutan Selepas Tebangan

Sejumlah 13 kawasan telah dilaksanakan Inventori Hutan Selepas Tebangan ( Post F ) dalam tahun 2018 yang meliputi kawasan seluas 1863 hektar. 

Memotong Akar / Pepanjat ( CL )

Sehingga tahun 2018, tiada aktiviti Memotong Akar / Pepanjat ( CL ) di lakukan.  

 

Ladang Hutan

Ladang Hutan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah adalah tertumpu kepada tanaman pokok Jati di samping beberapa spesies lain seperti Sentang, Acacia mangium, Pine dan Getah. Secara keseluruhannya sejumlah 3,063 hektar telah berjaya ditubuhkan. 

Tanaman Mengaya

Aktiviti tanaman mengaya telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah pada tahun 2018 seluas 30 hektar di H.S. Gunung Bongsu pada tahun 2018 seluas 30 hektar telah dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang.