Jabatan Perhutanan Negeri Kedah adalah komited kepada keselamatan dan kesihatan semua penjawat awam jabatan serta pelanggan melalui usaha bersama untuk mencapai matlamat berikut:-
- Mematuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan lain-lain akta yang berkuatkuasa;
- Mengkaji semula pernyataan bertulis Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari masa ke semasa;
- Mempastikan bahawa semua penjawat awam Jabatan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
- Memastikan tempat kerja dan persekitaranya dalam keadaan baik dan selamat;
- Menyelia dan menyelenggara kemudahan-kemudahan serta kebajikan asas bagi semua penjawat awam jabatan;
- Mengambil langkah-langkah pencegahan dan menyiasat kemalangan dan kejadian berbahaya.
Dengan ini Jabatan Perhutanan Negeri Kedah berazam untuk mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat.