bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Industri dan Penyertaan Bumiputera

INDUSTRI BERASASKAN KAYU

PENGENALAN

Industri Berasaskan Kayu merupakan pengguna utama sumber hutan untuk menghasilkan produk nilai tambah yang tinggi. Industri berasaskan kayu di Negeri Kedah mengandungi 13 jenis industri yang memproses kayu balak dan keluaran kayu lain serta hasil bukan kayu.  Penumpuan diberikan kepada industri berasaskan kayu supaya ia terus memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi di Negeri Kedah. Ketetapan Dasar Pembangunan Perindustrian Hutan yang diselaraskan di bawah Dasar Perhutanan Negara bagi sektor perkilangan yang menggunakan kayu kayan sebagai sumber mempunyai objektif seperti berikut :-

  • Penggunaan pelbagai hasil hutan secara maksimum dan menggalakkan pengusahasilan yang cekap;
  • Mencapai keseimbangan Negara yang kukuh antara daya kemampuan industri pemprosesan Negara dengan daya pengeluaran hasil hutan;
  • Mendorong pembangunan industri yang terancang serta kepelbagaian keluaran bagi industri kayu semasa;
  • Menggalakkan pengeksportan barangan nilai tambah;
  • Memastikan keperluan domestik ke atas segala hasil hutan yang diperolehi; dan
  • Mempergiatkan penggunaan secara meluas ke atas jenis-jenis kayu yang kurang berpasaran, balak bersaiz kecil dan sisa hutan secara kilang.

PENGKELASAN INDUSTRI BERASASKAN KAYU

Industri berasaskan kayu di Negeri Kedah didirikan oleh subsektor pengilangan kayu bergergaji, pembuatan papan lapis dan venir, perabot dan kerja kayu. Selain subsektor utama ini terdapat juga pelbagai kilang pembuatan produk berasaskan kayu lain seperti kayu kumia, parket dan kotak kayu. Bilangan Industri Utama Berasaskan Kayu Tahun 2016 dan 2015.

Bil

Jenis Kilang

2016

2015

Berdaftar

Beroperasi

Berdaftar

Beroperasi

1.

Kayu Gergaji

40

28

34

13

2.

Kilang Papan Lapis/Venir

3

2

3

2

3.

Kilang kayu Kumai

1

-

1

-

4.

Kilang Perabot, Pertukangan & Tanggaman

161

157

161

161

5.

Kilang Rotan Dan Buluh

3

-

3

3

6.

Kilang Kayu Getah

16

16

16

16

7.

Kilang Pengawet Kayu

1

1

1

1

8.

Kilang Kayu Laminate

2

2

2

2

9.

Kilang Parket Lantai

1

1

1

1

Jumlah

228

207

222

199


SENARAI KILANG MENGIKUT KATEGORI BUMIPUTERA

Negeri Kedah mempunyai sebanyak 33 kilang kayu gergaji yang berdaftar dan ianya merupakan industri utama dalam penggunaan kayu sebagai sumber bahan mentah untuk pengeluaran kayu gergaji. Senarai kilang mengikut Kategori Bumiputera adalah sepertimana di Jadual 2.

Jadual 2 : Senarai kilang mengikut Kategori Bumiputera

Bil

Kategori

Jumlah

1.

Bumiputera

5

2.

Bukan Bumiputera

26

3.

Usahasama

2

Jumlah

33