bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

MAJLIS PERSARAAN & APRESIASI JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH TAHUN 2016/2017 (SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI)

ALOR SETAR, 18 Disember 2017 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Persaraan & Apresiasi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Tahun 2016/2017 Sulaman Kasih Jungjungan Budi. Majlis meraikan 11 orang pesara (9 orang) telah besara wajib & 2 orang telah bersara (pilihan) sepanjang Januari 31 Disember 2016 dan 7 orang (Bersara Wajib) sehingga Disember 2017. Majlis juga turut meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017 (prestasi 2016) dan pegawai-pegawai dan staf Jabatan Perhutanan Negeri Kedah  yang telah bertukar dan akan bertukar pada tahun 2017 sebanyak 7 (orang). Majlis telah dimulakan dengan ucapan YBhg Dato’ Hj. Mohd Nasir Bin Hj. Abu Hassan (Pengarah Perhutanan Negeri Kedah). Beliau mengucapkan  selamat bersara kepada kakitangan yang bersara , tahniah kepada penerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017 (prestasi 2016) dan selamat berkhidmat di tempat bertugas yang baru bagi pegawai serta staf yang telah bertukar dan akan bertukar pada tahun 2017. Beliau juga menyeru supaya semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dapat berkhidmat dengan lebih tekun, dedikasi dan berintegriti. Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada Kakitangan Jabatan Perhutanan  Negeri Kedah yang  diiringi oleh live band daripada Badan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah seterusnya Majlis diserikan dengan ucapan daripada En.Mohd Rahim Bin Ramli (Timbalan Pengarah Operasi Hutan) wakil bagi pegawai yang telah bertukar dan akan bertukar. Terdapat banyak kenangan manis sepanjang Perkhidmatan mereka di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Majlis telah berakhir dengan sesi pemberian Sijil Persaraan, Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017 (prestasi 2016) dan Sesi Bergambar sebagai kenang-kenangan.

DSC 1029 400 x 265                        DSC 1220 400 x 265

DSC 1004 400 x 265                        DSC 1001 400 x 265

DSC 1234 400 x 265                        DSC 1249 400 x 265